Kamu..boleh aku bertanya?
Pernahkah kamu fikirkan tentang aku?Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama aku..senyuman aku..kasih sayang aku dimainan jalanan hari-hari kamu?Tidak adakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?
Kamu..boleh aku bercerita?
Aku rindu kamu..sentiasa ingat kamu..walau kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi kesukaan kamu..akan aku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu baunya di angin dan tanpa sedar air mata jernih aku mengalir teringatkan kamu..kamu ingatkan?Rindu sungguh pada kamu..
Kamu..boleh aku bertanya lagi?
Kamu bahagia?Kamu gembira?Senyumkah kamu di sana?Tawakah kamu tanpa aku?Telah ketemukah selaut bahagia yang kamu cari..seluas angkasa yang kamu dambakan?Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?
Kamu..boleh aku bercerita lagi?
Aku rindu kamu..sentiasa memandang kamu..aku tahu kamu miliknya dan aku terima dengan hati yang suci..aku mahu lihat kamu bahagia..walaupun aku perlu membawa kata hiba untuk diri ini..tiap kali aku memandang bulan yang jauh..bagai kamu pada mata jiwa aku..kamu yang bercahaya di sana..dan sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa bersama..tapi aku memilih melihat dari jauh..demi bahagia kamu..demi gembira kamu..
Kamu..boleh aku bertanya?
p.s: aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa..~




2 si gojes sudah conteng~:
=(
tak dapat nak komen, tumpang baca, tumpang sedih....
thnx dear..~
Post a Comment