Dulu time mengandungkan Rayyan nie lah yang terjadi kat aku. So, meh sini nak share sikit pe mendenya Abruptio Placentae nie. Kot2 lah info nie boleh membantu korang sedikit sebanyak. Actually aku pun tau sikit-sikit je tu pun melalui penerangan doktor yang ambil kes aku di hospital dulu. Sampai sekarang status Abruptio Placentae yang jadi kt aku masih UNKNOWN. Bak kata orang MISTERI.
Abruptio Placentae (Plasenta Abruption - PA)
Plasenta ‘abruption’
Kalau ‘praevia’ bermakna ‘di bawah’, ‘abruptio’ pula bermakna ‘terpisah’,’tercabut’. Keadaan in amat jarang sekali berlaku dan lebih terpencil dari plasenta praevia. Jadi tidak hairanlah kalau anda semua tidak tahu mengenainya. ‘Abruptio” adalah merupakan kes kecemasan dalam obstetric dan tindakan segera perlu diambil untuk keselamatan ibu dan bayi yanag dikandung.
Apakah plasenta abruption?
Jika plasenta praevia (PP), perdarahan berlaku kerana kedudukan uri ditempat yang salah iaitu di segmen bawah rahim, ‘abruptio’ pula bukan kerana kedudukan uri tetapi kerana uri terpisah/separation dari dinding rahim. Maknanya kedudukan uri adalah ditempat yang betul. Perdarahan yang berlaku boleh berada dibelakang uri, masuk ke dalam rongga rahim atau keluar melalui pintu rahim.
Jadi plasenta ‘abruptio’ boleh di bahagikan kepada dua jenis:
1 . Perdarahan yang dapat dilihat/revealed kira-kira 80%
2 . Perdarahan yang tidak dapat di lihat/concealed kira-kira 20%.
Cara presentation plasenta abruotion (PA) pun berlainan sedikit dari presentation plasenta praevia (PP):
·
PA datang dengan sakit dibahagian perut yang amat sangat bila berlaku perdarahan sementara PP perdarahan berlaku tanpa sakit.( Nota: 20% PA tiada perdarahan.) Majoriti akan complain sakit yang datang dengan tiba-tiba,kuat dan ‘constant’. Rahim keras dan sakit bila diperiksa dan selalunya terdapat aktiviti kontraksi. Sementara PP,rahim lembut dan tiada kontraksi bila diperiksa. 50% PA datang macam bersalin tetapi PP tidak.
·
PA, ibu boleh datang dalam keadaan mengejut kerana perdarahan yang banyak. Walaupun tiada perdarahan, ibu masih boleh mendapat ‘shock’. Tekanan darah turun dan ibu mungkin tidak sedarkan diri. PP adalah sebaliknya. Jarang sekali PP pertumpahan darah dengan banyaknya berlaku semasa hamil. PA, kemungkinan besar CTG menunjukkan anak lemas atau meninggal dunia berbanding dengan PP.
Oleh kerana kes-kes PA kebanyakkan berisiko tinggi kepada ibu dan juga bayi,mereka memerlukan pembedahan caesarean sebagai alternative terbaik. Kesimpulannya sebarang perdarahan yang berlaku semasa kehamilan di trimester 2 dan 3, perlu mendapat rawatan di hospital . Terdapat dua masalah utama iaitu plasenta praevia dan plasenta abruption yang kedua-dua mempunyai risiko-risiko masing-masing.





0 si gojes sudah conteng~:
Post a Comment