Good Morning Sunshine!!!
Aku tak pahamlah dengan pemikiran sesetengah orang. Maybe mereka nie takde kat tempat aku kot. So, susah nak paham situasi seseorang.
"Beb, ko tak penat ke balik kampung everyweek. Takkan mak abah ko tak paham kot. Duit lagi, tenaga lagi, masa lagi. Balik jelah sebulan 2x."
Ayat tu memang sangat-sangat membengangkan aku. Hell-O!Aku balik sebab aku nak jumpa anak aku. Anak aku kalau aku tak balik nanti dia cari-cari aku. Dia dah tahu setiap hari Jumaat, mummy dia mesti balik naik keretapi. Nanti he'll keep asking his opah and atok mana mummy. Tolonglah jangan cakap benda merepek dengan aku lagi. Penat ke tak penat ke tu urusan aku. Kawan-kawan yang ikut cerita aku dari awal sampai sekarang, alhamdulillah semuanya sangat memahani. Thank you guys.
"Beb, ko tak rasa ke mengandung sorang-sorang nie membebankan? Kesian kat ko. Dah la mengandung, suami jauh, everyweek travel. Kalau akulah, mesti tak mampu dah nak buat semua nie."
Siapa yang nak mengandung sorang-sorangkan? Aku pun tak nak. Tapi alhamdulillah, dari dulu pun aku mengandung sorang-sorang. Dah terbiasa uruskan diri sendiri. Famili dan kawan-kawan ramai boleh tolong kalau susah. So, tak nampak apa-apa yang mustahil pun. Jangan risaulah. Bila kita susah, ada je jalan yang mudah Allah sediakan. Insyaallah. Yang penting semangat tu kena kuat okey!




0 si gojes sudah conteng~:
Post a Comment